Sunday 30 December 2012

HASAN AL-BASRI

   Sebelum Hasan menjadi seorang sufi,beliau ialah seorang jauhari(peniaga intan berlian).Satu hari beliau pergike satu tempat bernama Rum(di Asia Minor) kerana berniaga,dan pergi berjumpa menteri kepada sultan.Menteri itu berkata kepada beliau,"Anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi kerana pada masa ini menemankan sultan dalam satu kerja penting.Jika anda mahu,anda bolehlah bersama kami."Hasan pun berangkatlah dengan menteri dan lain-lain.Mereka masuk ke satu hutan yang luas.Di tengah hutan itu ada terdiri sebuah khemah yang hebat dikawal oleh askar-askar.Pengawai-pengawai tentera masuk ke khemah itu dan kemudian keluar.Kemudian mereka berjalan mengelilingi khemah itu kemudian pergi.Setelah itu tiba pula orang orang tua kehormatan masuk ke khemah itu,berkata sesuatu kemudian keluar lalu mengelilingi khemah itu dan pergi.Kemudian datang pula golongan pakar-pakar perbuatan melakukan perbuatan yang sama.Kemudian giliran dua ratus golongan gadis cantik pula berbuat demikian.Akhirnya datanglah Sultan bersama menterinya,pun berbuat demikian juga. 
   Hasan hairan melihat peristiwa itu,beliaupun bertannya kepada menteri yang menemaninya itu.Kata menteri itu"'Sultan itu mempunyai anak yang lawa dan berani yang telah meninggal dunia di sini dan dikuburkan di tempat terdirinya khemah itu.Setiap tahun kami mengunjungi tempat ini dan melakukan upacara yang tuan saksikan tadi.Mula-mulanya pihak tentera pergi ke kubur itu dan berkata kepada anak raja yang berkubur di siti"Jikalau dengan senjata kami,dapat kami selamatkan nyawa kami dari Tuhan Kematian,akan kami korbankan nyawa kami untuk tujuan itu,tapi apakan daya kami tak berupaya melakukannya".Kemudian datang pula pihak cendiakawan yang berkata"Jikalau ilmu dan pengalaman kami dapat selamatkan kamu dari mati,tentu kami akan lakukannya,tapi apakan daya kami tak berupaya".Kemudian datang pula pihak tabib-tabib,berkata"jikalau ubat-ubatan kami dapat menyelamatkan nyawa kamu,tentu kami akan berusaha menyelamatkan kamu,tapi apakan daya kami tak berupaya".Kemudian pihak-pihak gadis cantik pula berkata"Jikalau kecantikan kami dapat menyelamatkan kamu dari kematian,pasti kami kurbankan apa apa saja untuk kamu tapi apakan daya kami tak berupaya".Selepas itu,datang sultan bersama menteri-menteri dan berkata"Anakku!kami berusaha sedaya upaya dengan kekuatan tentere,tabib-tabib dan lain lain untuk menyelamatkan kamu dari mati,namun takdir Tuhan tetap berlaku jua.Selamatlah kamu tinggal disini dan kami akn datang lagi tahun depan,pada masa ini juga'".
   Peristiwa ini sangat mengharukan fikiran Hasan dan mengubah sikapnya.Beliau menghabis hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan bersedia utk mati.Perniagaanya ditinggalkan.Beliau pergi jauh dari manusia dan bersumpah untuk tidak senyum seumur hidupnya.Tujuh puluh tahun lamanya beliau tidak berhenti henti beribadat kepada Allah.Dalam hidupnya hanya satu saja keperluan dan tujuannya iaitu Allah.Dia tidak peduli apa-apa saja selain Allah.
   Apabila Rabiatul Adawiyah tidak datang menghadiri syarahannya,ia tidak akan memberi syarahan pada hari itu.Orang bertanya kenapa beliau bersikap begitu.Jawapnya,"Serbat yang ada di dalam bekas untuk gajah tidak dapat dimuatkan dalam bekas untuk semut."
   Semasa beliau bersyarah dalam keadaan Dzauk(mabuk terhadap Allah),beliau berterima kasih kepada Rabiautul Adawiyah dengan katanya"Saya berterima kasih kerana berkatmu,membawaku masuk ke dalam mabuk cintakan Allah(dzauk).
   Beliau pernah bertanya,"Apakah Islam,dan Siapakah orang Islam?."Hasan menjawap,"Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu dalam kubur."
   Biasanya Hasan menulis dosa-dosa yang dilakukannya pada pakaianya semenjak dahulu lagi.Kadang kadang beliau akan menangis hingga terjatuh pengsan apabila melihat dosa yang dilakukannya itu.Beliau selalu melihat tulisan itu.
   Satu ketika,Hasan beserta dengan beberapa orang lain,sedang pergi ke Kaabah.Tengah jalan mereka sampai ke satu perigi,mereka semuanya dahaga tetapi mereka tidak mempunyai...BERSAMBUNG LAGI....

Friday 21 December 2012

Pengenalan

     Blog ini adalah ditulis kembali dari buku yang baertajuk TAZKIRATUL AULIYA dalam bahasa Parsi karangan Syekh Fariduddin Attar,seorang sufi yang agung dari Iran.Kemudianya ia diterjemah ke Bahasa Malayu oleh Abdul Majid bin Haji Khatib.
   
      Cerita2 di dalm blog ini mengandungi nasihat dan peristiwa2 kehidupan beberapa orang sufi yang masyhur namanya.Orang2 ini adalah orang yang mendampingi diri mereka dengan Allah dan mereka memandang Allah shj dan tidak memendang dunia.Untuk mengetahui kehidupan mereka yg sebenar,maka teruskanlah dengan membaca blog ini.
 
        Semoga  cerita2 di dalam blog ini dpt menginsafkan kita.Akhir sekali,terpulanglah kepada pembaca sekalian utk menilai dan mengambil iktibar dari cerita2 itu.Mudah Mudahan Allah melimpahkan kita dengan taufik dan hidayahnya,Amin...!